Wednesday, March 18, 2009

MUQADDIMAH

. Wednesday, March 18, 2009
0 comments

‘Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang’

Segala puji bagi Allah, tuhan yang mencipta kehidupan langit dan bumi, dan seluruh kehidupan semesta alam ini, Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat yang sentiasa mendampingi baginda serta bersama-sama menegakkan kalimatul al-haqq, para tabi’in dan tabi’ tabi’in yang sentiasa menyambung perjuangan baginda, seterusnya umat islam yang sentiasa mencari keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
وَمَا كَانَ المُؤْمِنُوْنَ لِيُنْفِرُوْا كَآفَةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُل فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِيَتَفَقَهُوْا فِى الدِيْنِ وَلِيُنْذِرُوْا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوْا إِلَيْهِمْ لَعَلَهُمْ يَحْذَرُوْنَ
(سورة التوبة : 122)
Berdasarkan kepada potongan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa tidak semuanya umat islam itu keluar untuk berperang, namun perlu ada satu golongan yang bertanggungjawab mendalami ilmu agama (ad-deen) dalam memahami keperluan masyarakat untuk menjalani kehidupan berlandaskan kehendak dan perintah Allah SWT. Di sini kita boleh terjemahkan ad-deen itu sebagai cara hidup yang merangkumi kesemua ilmu di dalamnya. Ia bukan hanya terhad kepada ilmu fardhu ain semata-mata seperti ilmu fiqh, tauhid dan lain-lain yang kebiasaannya disebut ‘ilmu agama’, bahkan ia termasuk ilmu-ilmu kifayah yang menjadi pelengkap kepada satu-satu ketamadunan seperti astronomi, geografi dan lain-lain ilmu moden yang kesemuanya adalah untuk keselesaan dan kesejahteraan manusia sejagat. Namun ia perlu berlandaskan ajaran Islam (mengembalikan kekuasaan adalah milik Allah) melalui kaedah sesuatu perkara yang menjadi pelengkap kepada sesuatu kewajipan maka ia adalah wajib. Dalam kata lain, ilmu kifayah tersebut wajib dituntut selagi mana ia menjadi pelengkap kepada sesuatu perkara asas. Ini kerana kedua-dua bidang ilmu tersebut semuanya terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dan ia sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang menyeru umatnya supaya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan yang benar dan terhindar dari kesesatan.
Sabda Nabi SAW:
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلوْا مَاتَمَسكْتُمْ بِهِمَا، أَيْ كِتَابَ الله وَسُنةِ رَسُوْلِهِ
Lantaran daripada itu, golongan bertanggungjawab ini seterusnya akan memberi peringatan kepada masyarakat setelah selesai dalam memdalami ilmu agama apabila mereka kembali kepada kaum mereka (masyarakat).

Setelah selesai memahami dengan jelas tanggungjawab sebagai golongan yang menuntut ilmu, maka seterusnya datanglah ayat yang menyeru supaya menjadi sebaik-baik umat melalui potongan ayat dari surah Ali-‘Imran, ayat 104:

وَْلتَكُنْ مِّنْكمْ ُأمَّةٌ يَدْعُوْنَ إَِلى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِاْلمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوَْلئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون
“Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf,melarang dari kejahatan dan merekalah orang-orang yang beruntung”

Dan ayat yang lain daripada surah Ali-‘Imran, ayat 110:

كنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِالّلهِ

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu menyuruh (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu mencegah dari kemungkaran serta kamu beriman dengan Allah”.

Maka daripada ayat-ayat di atas, jelaslah bahawa dengan berbekalkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari telah meletakkan satu tanggungjawab yang besar yang perlu digalas iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran.

Oleh yang demikian, daripada konsep ayat-ayat yang dihuraikan di atas adalah menjadi kewajipan kepada golongan-golongan yang dikatakan bertanggungjawab dalam menuntut ilmu (pelajar) untuk mewujudkan satu mekanisma bagi melaksanakan dasar-dasar seperti mana yang disebut di dalam ayat-ayat tersebut. Secara jelasnya, penubuhan Alumni Maahad Ahmadi Tanah Merah (Alumni MATM) adalah satu amanah yang perlu diketengahkan bagi membentuk generasi yang mempunyai matlamat yang jelas mengenai tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, seterusnya yang paling utama ialah menegakkan agama Allah SWT. Maka, melalui penubuhan alumni ini sekurang-kurangnya merupakan satu perancangan yang strategik khusus kepada pelajar-pelajar Maahad Ahmadi Tanah Merah bagi ‘Menjana Keunggulan Generasi Ummah’ demi mengisi ketamadunan ummah pada masa akan datang.

Read More »»
 

BORANG MAKLUMAT DIRI DAN CADANGAN

Name:
NO TELEFON
Email Address:
TAHUN SPM
TEMPAT BELAJAR SEKARANG DAN PENGKHUSUSAN
CADANGAN/KOMEN/KATA-KATA

Free email forms