Sunday, December 6, 2009

penghapus IMPIAN

. Sunday, December 6, 2009
2 comments

assalamualaikum....

sebelum saya mengupas tantang maudu' post ni, terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengUPDATE blog ini. tgk cam dah tak benrnyawa. hehe. bukan ape tugasan lain yang memerlukan lebih komitmen berbanding di sini. hehehe. (jgan marah). dan satu lagi pasal gambar sambutan jubli perak MTM yang lepas tak dapt saya masukan kerana gambar tersebut tiada dalam tangan or simpanan saya.

Berbalik kepada tajok di atas, tentu semua tertanya-tanya or berminat untuk mengetahui apa yang tersirat disebalik tajuk tersebut. tidak ade ape2 yang hebat pun, akan tetapi memikirkan masa depan adik2 yang sedag lagi menuntut di MATM, terpaksa sya membuka post ni untuk perbincangan bersama.

Kenapa menghapus impian?? saya menulis post ini kerana saya telah mendapat maklumat yang agak menyedihkan. iaitu, pihak pentadbiran MATM telah menetapkan mata pelajaran exam SPM kepada pelajar dan bukannya atas kehendak pelajar sendiri. tidak seperti zaman saya ketika mengambil SPm dahulu, boleh memilih subjek yang disukai dan dirasakan boleh membantu untuk melanjutkan pelajaran di peringkat IPT. ada dikalangan kami yang memilih ADD MATE, perdagangan, Akaun dan tasauf sebgaia pilihan subjek untuk exam SPM. pemilihan ini berdasarkan kemampuan dan minat yang ada dalam diri kami ketika itu. tiada paksaan untuk mengambil apa2 subjek apa2 pon.

akan tetapi situasi sekarang sudah berupah, pelajar tidak dibenarkan untuk memilih subjek yang dirasakan mampu untuk mereka mendapatkan keputusan yang baik dalam exam dan juga dihalang untuk mengambil subjek yang mereka minati. ini seolah-olah telah mengahalang para pelajar untuk mendapatkan ilmu yang lebih untuk kegunaan mereka.

setiap pelajar memasang impian dan hasrat berdasarkan cita-cita mereka. bagai saya, menghalang pelajar untuk memilih subjek yang mereka minat boleh digambarkan dan dimisalkan sebgai penghalang untuk mereka mencapai dan menggapai impian mereka pada masa hadapan. mungkin mereka mahu menjadi akauntan, tetapi jika dihalang untuk mengambil subjek akaun dam add mate, sudah tentu mereka tidak akan menjadi akauntan. ade kes yang sya dengar dan maklumat ini sohih, ade seorang pelajar perempuan dihalang untuk mengambil subjek add mate kerana keputusan peperikasaan pertengahan tahun lepas untuk kertas MATE MOD tidak begitu baik. akan tetapi pelajar ini mahu mengambil add mate untuk SPM. adakan adil bagi beliau dihalang berdasarkan pencapaian exam pertengahan tahun lepas (form 4)?? pada pendapat saya, pepriksaan tersebut bukanlah pengukur untuk mengahalang pelajar untuk mengambil subjek yang disukai oleh beliau. mungkin time exam tersebut pelajar tersebut tidak sihat, ada gangguan emosi dan lain-lain faktor yang mesti diambil kira.

pihak pentadbiran haruslah memikirkan dan menghormati pendirian pelajar. jika dirasakan pelajar itu lemah, ajarlah dengan betul2 dan ikhlas, bukannya mengambil jalan mudah untuk menghalang pelajar tersebut. tak logik langsung. saya tidak atahu apa rasional n relevan nya pendekatan pihak pentadbir mngambil jalan sedemikian. diharap pihak atasa ALUMNI boleh membincangkan perkara ini dengan pihak pentadbir untuk kecemerlangan masa depan pelajar MATM. biar pelajar yang membuat keputusan untuk hidup mereka bukan pihak sekolah. tugas pihak sekolah ialah sebagai pemudah cara kepada pelajar untuk membantu pelajar menggapai impian mereka.

TAK ELOK KE PELAJAR AMBIL ADD MATE DAN AKAUN??

Mengikut pengalaman hidup saya yang selama 22 tahun ni, dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat, belajar agama perlulah diseimbangkan dengan pelajaran dunia. ini untuk melahirkan golongan PROTAZ yang mane mungkin pada suatu hari nanti boleh mentadbir negara disamping mengamalkan ajaran islam. (bukan GLOKAL). jadi, bagi sya tidak salah bagi pelajar untuk memilih ilmu apa (jangan salah paham k,) bila menuntut di IPT kelak. ekonomi ke, akuan ke, sain politik ke, sains setelit ke, sains kapal terbang ke, pengurusan maklumat ke asalakan mereka ini sudah terdidik dengan asas2 agama di sekolah menengah lagi.

bile mereka sudah ada asas-asas agama, mereka buleh memilih apa yang hak dan apa yang batil dalm hidup mereka. so tiada persoalan bagi pelajar jika mereka memilih untuk kecemerlangan mereka dalam peperiksaan. banyak sudah contoh2 pelajar MATM yang ambil pelajar yang mungkin dilihat sebagai boleh membuang sifat ke ustazan (sbb dilahirkan oleh MATM) akan tetapi tetap berjaya sebagai seorang muslim yang hebat dalam akademik tetapi mengamalkan agama 100% dalam kehidupan. setakat ini tak dengar lagi lepasan MATM yang berjaya di IPT dengan lulusan bukan agama telah memnjadi leberalism atau sekularism. contoh. fasihatul husna (SPM 05) yang menyambung pelajaran di JEPUN dalam bidang kewangan, akan tetapi bergiat aktif sebagai pendokong Islam disana.

sebagai pengakhirannya, saya rasa tidak patut untuk pihak sekolah untuk menentukan subjek untuk pelajar spm. motivasi pelajar mungkin akan down disebabkan hal ini. oleh itu, kepada pihak bertanggungjawan dalam ALUMNI sila ambil berat isu ini untuk kecemerlangan masa depan para pelajar. jika boleh buat memorandum, pihak Alumni buat.

p/s: mhon maaf jika ada silap dan salah.



contoh: antara PROTAZ yang ada di kelantan. hehehe.
janagn timbulkan isu polotik lak ye. hehe

Read More »»
 

BORANG MAKLUMAT DIRI DAN CADANGAN

Name:
NO TELEFON
Email Address:
TAHUN SPM
TEMPAT BELAJAR SEKARANG DAN PENGKHUSUSAN
CADANGAN/KOMEN/KATA-KATA

Free email forms