Wednesday, June 17, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: RELEVENKAH PAS DAN UMNO BERSATU?

. Wednesday, June 17, 2009
0 comments



Isu kerajaan perpaduan yang heboh diperkatakan sekarang ini merupakan satu isu yang boleh menjerat Pakatan Rakyat (PR) andainya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera. ini kerana isu KP hanyalah dikaitkan antara PAS dengan UMNO dan tidak dibabitkan dengan mana-mana anggota PR yang lain. ini sudah tentu menjadikatan DAP dan PKR pening kepala. Mana tak pening, KP yang dicanangkan oleh Tuan Guru Hj Hadi (konon-kononnya lah, padahal UMNO yang buat) tanpa mesyuarat antara PR malahan ianya lebih kepada cadangan peribadai TGHA bukannya keputusan mesyuarat PAS sendiri. apabila ianya datang bukan daripada mesyuarat PAS, sudah tentu ianya (KP) akan menimbulkan pertanyaan yang tidak berkesudahan antara ahli PAS dan juga PR. Media sekarang ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat kekeliruan/perpecahan dalam PAS sendiri dan juga Pakatan Rakyat. Dimanakah silapnya Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan?

perlu ke Kerajaan Perpaduan?

penulis tidak nampak apa kepentingan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun ramai responden yang ditemu bual oleh media setuju dengan kerajaan perpaduan dengan alasan bahawa ianya baik untuk Islam dan melayu. penulis setuju bahawa untuk menggerakkan kerja agama Allah di muka bumi ini memrlukan satu kerjasama dan ukhwah yang earat lagi utuh dikalangan orang Islam, akan tetapi persoalannya ialah perlukah kerjasama itu dengan parti yang tidak pernah ada sejarah dalam dunia politiknya untuk memperjuangkan agama Islam walaupun sehari?

UMNO yang dikenali oleh ramai merupakan parti yang memperjuangkan kebangsaan. dasar-dasar yang dibawa oleh UMNO sedikitpun tidak ada untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini walaupun kita telah di sogok dengan Islam hadhari yang sampai hari terakhir pak lah jadi PM pun Islam ciptaan UMNO ini tidak dapat memberi sumbangan kepada Islam di Malaysia. pendek kata, UMNO telah menolak Islam sebagai sebagai satu proksi dalam perjuangan politiknya dulu, kini dan selamanya malah telah menolak Islam sebagai salah satu perkara yang berbeza dalam politik.

oleh itu, Kerajaan Perpaduan dengan UMNO tersangatlah tidak masuk akal. bak kata TGNA, eloklah kita mempereratkan hubungan antara PR. tiada perpaduan dengan UMNO walaupun UMNO merupakan parti orang yang beragama ISLAM tetapi tidak mahu melaksanakan hukum-hukum ISLAM. tapi ada gak persoalan, dengan islam xnak perpaduan tp denagn kafir (DAP) nak pulak? jawapannya, DAP sudah menunjukkan ianyan faham dengan kepentingan Islam dalam politik dan PERPADUAN sendiri, sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang mengambil contoh kepimpinan Islam (Umar Abd Aziz) sebagai role model kepimpinan nya. UMNO, jawapannya sudah tentu ikon kepimpinan dari barat.

kenapa TGNA tak suka sangat kerajaan perpaduan?

TGNA mempunyai alasan sendiri mengapa beliau tidak setuju dengan KP ini. antaranya ialah:
  1. Idea penubuhan KP bukanlah persetujuan atau keputusan rasmi parti hanya lah idea individu dalam parti.
  2. KP hanyalah perangkap UMNO yang sedang nazak dan hanyalah cara untuk menyelamatkan UMNO dari berkubur.
  3. perpaduan dalam PR memungkinkan PR menang dalam PRU ke-13 nanti.
  4. mengenangkan kejahatan UMNO terhadap kerajaan PAS di negeri Kelantan sejak PAS mula-mula memerintah negeri sampai sekarang.
  5. sedar rahsia dan kelicikan UMNO terhadap KP untuk menyelamatkan politik UMNO.
  6. peristiwa lampau semasa pas dihalau dari Perikatan.
walaupun TGNA merupakan seorang ulama', tetapi pemikiran politik beliau sangat tajam dan berhati-hati untuk memastikan kesinambungan politik Islam di Malaysia ini tidak terkubur. andai terkubur, tidak dapat dibayangkan masyarakat malaysia pada masa hadapan. adakah menjadi orang atau korang?

oleh itu, penulis sangat bersetuju dengan TGNA untuk menolak kerajaan perpaduan ini. ianya bukan cara terbaik untuk melihat generasi sekarang menjadi insan yang bertaqwa, melainkan UMNO menukar perlembagaan parti untuk menjadi parti yang mendukung Islam sebagai dasr parti, barulah perpaduan boleh diwujudkan. perpaduan yang diwujudkan bukan atas nama Allah nescaya ianya tidak boleh bertahan lama. dasarnya ialah, berpadulah kerana Allah bukan untuk bangsa atau puak.

islam telah lama menggariskan perpaduan antara ummat, hanya UMNO sahaja tidak sedar. dan hakikat itulah yang PAS buat dalam PR. berdasarkan ayat حبل من الناس . penulis bukan menyanggah atau menentang pimpinan PAS tetapi ianya merupakan idea untuk melihat survivor politik islam hidup subur di Malaysia. Rasulullah pun menerima cadangan daripada orang ramai, apa yang baik baginda aplikasikannya.

diharap isu ini tidak mewujudkan perpecahan dalam PAS dan juga pakatan Rakyat. eratkan perpaduan kita untuk memastikan PRU ke-13 menjadi kemenangan kta dan menguburkan parti fasiq dari muka bumi ini. "ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG TINGGI DARIPADANYA".

WALLAHUA'LAM.

P/S: penulis memohon maaf jika terdapat kesilapan dan kekasaran. jika terdapat kekasaran bolehlah komen.

Read More »»

Saturday, June 13, 2009

GAPO DIO MASALAH NYO?

. Saturday, June 13, 2009
1 comments

Menyingkap kembali kisah ketika di bangku persekolahan di MATM, banyak kenangan yang manis dan pahit, indah dan musnah. Pengalaman ketika di MATM ini juga yang membuatkan pelajar-pelajar di MATM dapat membezakan kehidupan yang yang diredhai dan kehidupan yang dilaknati. Akan tetapi, bila menyingkap kembali tirai kenangan bersama MATM, satu keadaan yang tidak disenangi oleh kita (ex-student) ialah ketidakbolehan pihak pentadbir sekolah dalam mentadbir sekolah dari sudut fizikal sekolah dan juga dari sudut pengurusan pelajar MATM.

KEADAAN SEKOLAH?

saya tidak mahu menyentuk sangat berkaitan masalah fizikal sekolah (keadaan sekeliling sekolah) kerana ia melibatkan budjet yang sangat besar untuk menyelesaikannya. walaupun sekarang ini apa yang kita boleh nampak tentang perubahan yang paling besar berlaku ialah bangunan sekolah dicat baru. bagi saya bangunan yang dicat baru bukan lah perkara yang boleh dibanggakan dari sudut fizika, apa yang penting pada hemat saya ialah MENGATASI MASALAH AIR BERTAKUNG yang telah menjadi masalah kepada semua pihak di sekolah dari dulu sampai sekarang. GAPO DIO MASALAHNYO?

PELAJAR CAMNE?

Alhamdulillah... kite semua telah mendapat didikan agama yang sepatutnya ketika di MATM. kita perlu bersyukur kerana Allah tempatkan kita semua di sebuah institusi yang boleh mendidik kita menjadi Modal Insan yang berguna kepada AGAMA dan juga tanah air tercinta. Walaupun ada dikalangan kita yang belajar di IPTA sekarang ini bukan dalam bidang agama, akan tetapi disebabkan didikan agama yang telah diperolehi semasa di MATM ianya dapat menjadi satu wasilah dan benteng kepada kita untuk menghindar dan menghadapi dunia yang penuh dengan fitnah dan cabaran kepada kita dari sudut aqidah dan juga akhlak (sahsiah). terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru-guru yang telah mendidik kami sehingga kami menjadi insan sebagaimana yang diimpikan oleh agama. itu cerita kami. apa pula cerita adik-adik (pelajar MATM) sekarang?

walaupun kami tidak lagi menjadi warga pelajar MATM tetapi kami merasakan tanggungjawab yang besar untuk membantu sekolah untuk membentuk kader-kader yang dapat memperjuangkan agama dan mempertahankan Islam. laporan demi laporan yang diterima memberitahu kami tentang keadaan pelajar (akhlak) MATM sekarang ini. kes ponteng sekolah dan kelas bukanlah kes baru akan tetapi ianya menjadi kritikal beberapa tahun kebelakangan ini. masalah couple atau bercinta semakin hangat diperkatakan hinggakan ada dikalangan adik-adik yang (muslimin dan muslimah) membeonceng motorsikal yang sama walaupun tiada ikatan yang sah. kes tidak hormat kepada guru juga semakin kritikal. ini sebahagian daripada masalah-masalah sikap yang dihadapi oleh pelajar-pelajar MATM sekarang. ia merebak bagaikan barah.

menyingkap kembali zaman ketika ustaz Anuar, cikgu Lan, Cikgu Mat Zin dan lain-lain, ketika zaman mereka ini "berkuasa" masalah disiplin boleh dikatakan dapat diatasi. ini kerana komitmen yang telah ditunjukkan oleh mereka sebagai seorang pendidik. ustaz Anuar, semasa memegang tampuk pemerintahan guru badan dakwah (BAKRIS) banyak aktiviti-aktiviti yang yang telah dilaksanakn oleh ustaz. aktiviti-aktiviti yang berbentuk tarbiyyah dan membina jati diri pelajar sangat dititik beratkan oleh ustaz anuar. antara aktiviti yang telah membentuk pelajar MATM (dulu padang siam) ialah tamrin yang wajib dilaksanakan pada tiap-tiap tahun dan juga bulan penghayatan bagi sesuatu perayaan dalam Islam. menerusi program tarbiyyah ini lah yang membentuk pelajar muslim yang berjaya dan beriman seperti abang Uba, abang Fendi, abang Aznan, Abang we, kak na kemehe, kak zuraifah dan lain-lainnya. disiplin dulu yang dipegang oleh cikgu wan ( nama sebenar xingat) sangat hebat. pelajar tidak taku pada beliau akan tetapi hormat kepada beliau. ini kerana cikgu wan telah melaksanakan satu tugas dengan penuh tanggungjawab.

tetapi, pada hari ini apa yang kita boleh saksikan ialah keadaan pelajar tersangat lah berbeza sehinggakan ada yang mengatakan "ini ke pelajar MATM"? terkejut atau tidak, ada sebilangan pelajar yang belajar di MATM ( sekoloh agamo) masih tidak boleh membaca al-Fatihah dengan betul. apa yang dapat kita saksikan yang paling jelas ialah, pemakaian pelajar di sekolah sendiri sudah menampakkan ciri-ciri seolah olah ianya pelajar sekolah menengah harian biasa. PENGAWAS, BADAN DAKWAH? menurut laporan yang diterima, ianya merupakan sekadar nama sahaja. pelajar-pelajar yang ada title pengawas ini hanya lah wayang semata-mata. tiada pelaksanaan yang dilakukan atas nama pengawas yang sepatutnya menjadi penolong guru untuk membentuk sahsiah pelajar. adakan salah peljar (pengawas) itu? saya tidak salahkan pelajr seratus peratus akan tetapi ianya berkait rapat dengan pihak pentadbiran sekolah. BAKRIS pula sudah menunjukkan bibi-bibit perpecahan antara satu sama lain. MUslimin dan Muslimat tidak lagi bekerja dalam satu jemaah seperti mana yang dituntut. apa masalah nya? siapa yang memulakan masalah ini?

GURU?

guru merupakan satu cabaran untuk pelajar untuk mengadakan sesusatu program untuk pelajar MATM. seingat saya, selepas ustaz anuar ditukarkan ke sekolah lain, disitulah bermulanya masalah untuk melaksanakn sesuatu program di sekolah. ianya bermula bermula dari hendak meluluskan kertas kerja dan ketika hendak melaksanakan program dan ketika melaksanakan program. guru-guru di MATM seolah-olah tidak mahu memberi kerjasama kepada pelajar yang mahu membuat sesuatu program. berbagai-bagai alasan akan diberi untuk melepaskan diri. dan maslaah itu timbul lagi bila pihak alumni ingin mengadakan program untuk sekolah. baru-baru ini alumni ingin mengadakan satu program untuk persiapan adik-adik pada masa hadapan. akan tetapi pelbagai syarat telah dikemukan seolah-oleh hendak mengagalkan usaha alumni untuk memberi ilmu kepada adik-adik. antara syarat yang melucukan itu adalah TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN DEWAN SEKOLAH. setakat hidup sya ianilah syarat yang paling melucukan. pada analisis saya pihak sekolah akan mengadakan program yang mana boleh menguntungkan mana-mana individu tertentu dalam sekolah sahaja. samada hendak mengejar harta ataupun hendak menaikan nama. wallahua'lam.

menyingkap masalah akhlak pelajar, boleh saya katakan kebanyakkan ianya berpunca daripada guru-guru. setuju atau tidak inilah hakikatnya. tidak seperti zaman kami dberada di saff awal, guru lebih mementingkan pencapaian akademik semata-mata. soal berkaitan rohani pelajar tidak ambil cakna. program-program yang dilaksanakn di MATM kebanyakkan bebentuk untuk mengejar pencapaian duniawi shaja. keberkatan telah pun hilang. buktinya, selepas SPM 05 yang menyaksikan fasihatul Husna (pelajar cmerlang 11A dan juga elok tarbiyyah nya) prestasi akademik pelajar MATM semakin merosot walhal guru-guru telahpun bersusah payah mengajar.

kerjasama guru-guru sesama guru mahupun dengan pelajar tiada. tiada satu mekanisma untuk menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan pelajar. secara tidak langsung konsep sekolahku rumahku tidak tercapai membuatkan pelajar mudah memberontak. satu situasi yang ingin saya bawakan ialah, ketika pihak sekolah mengadakan program mukhayyam tarbawi di Rong Chenok. program yang boleh merapatkan ukhwah antara guru-guru dan guru pelajar selain daripada makanan rohani yang pelajar akan perolehi. akan tetapi hanya sebilangan guru sahaja yang membuat kerja iaitu ustazah Rafeah dan ustaz Alais. mane guru yang lain? dalan pamplet yang diedarkan senarai guru yang menjadi ajk pelaksana program sangatlah ramai hampir semua guru MATM terlibat. akan tetapi hanya dua orang guru yang membuat kerja yang dibantu oleh pihal alumni. dimanakah mereka? ada, mereka ada. tapi bila? bila tiba pada aktiviti BBQ yangmenjamu perut-perut masing-masing. habisnya BBQ, yang tinggal orang yang sama iaitu ustazah rafeah dan ustaz alias. tiadakah mereka merasa tanggungjawab mereka dalam program itu? sampaikan makanan untuk pihak fasilitator pun tidak disimpan sehingga fasilitator terpaksa mencari makanan di kedai makan di luar.

ini lah antara realiti yang PIHAK AHLI ALUMNI perlu ambil berat dalam usaha untuk melihat MATM kembali gah di tanah merah dan juga kelantan amnya.selagi pihak pengurusan sekolah masih dengan cara dan gaya yang lama, tidak mustahil nama MATM tidak akan harum dengan kelahiran Insan yang mukmin lagi muttaqin bukan sekadar hebat dari susut aakademik. harapan kita agar pihak sekolah dapat mengubah apa yang boleh mendatangkan kebusukan nama MATM

p/s: segala yang ditulis berdasarkan fakta dan laporan yang diterima pihak ALUMNI. segala yang ditulis bukan mencari salah sesiapa akan tetapi menjadi satu medan untuk pihak terbabit mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. kekasaran bahasa didahului dengan ampun maaf.




membina insan MURABBI

Read More »»

Tuesday, June 9, 2009

HIMPUNAN UKHWAH WA MAHABBAH (SPM 05)

. Tuesday, June 9, 2009
1 comments

Persaudaraan Islam merupakan wasilah untuk kita mewujudkan satu ikatan persaudaraan yang kukuh dan utuh walaupun masa dan zaman telah berubah. persaudaraan yang didahului dengan kasihnya akan Allah dan RasulNya diberi jaminan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. akan rahmat Allah di Padang Mahsyar kelak.

sabda baginda:
" ada tujuh golongan yang Allah naungi dalam naungn-Nya pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya. Mereka adalah:
  1. Imam (pemimpin) yang adil
  2. pemuda yang membear dalam beribadah kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa teikat/terpaut dengan masjid
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. seorang lelaki yang di ajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan kemudian dia berkata " sungguh aku takut kepada Allah"
  6. seseorang yang bersedekah dengan ikhlas,
  7. seseorang yang menangis ketika ia beribadah (berzikir) dalam keadaan sendirian.
Atas dasar tersebut Ajk Alumni SPm 05 yang diketuai oleh Abdul Muhaimin telah merancang untuk mengadakan satu perjumpaan untuk mengumpul seramai mungkin bekas pelajar MATM SPm 05. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 30 Mei 2009 untuk membentuk Jawatankuasa pelaksana yang bertempat di Masjid Tanah Merah. antara Jawatankuasa tersebut ialah . pengarah program tersebut ialah Ahmad Al-wafi, setiausaha dan ajk perhubungan : Aizat Alias, Bendahari dan ajk logistik: Mohd Safuan Hanapi, ajk makanan: Mohd Hazwan dan kamal rool.

pada hari yang telah di rancang iaitu pada 6 jun, kami telah berkumpul di rumah Aizat terlebih dahulu sebelum bertolak ke Pantai Melawi bachok. setelah semua tiba di rumah aizat, tepat jam 3.30 petang kami bertolak ke Melawi dengan didahului oleh bacaan doa oleh saudara Mohd Firdaus Norlizan. perjalanan kami memakan masa hampir 2 jam kerana kesesakan lalu lintas. kami sampai di pantai melawi lebih kurang pukul 5.30 ptg.

antara program yang dilakukan ialah:
  • BBQ
  • usrah
  • perlawanan soccer beach
  • polo air
  • khidmat masyarakat
walaupun program ini hanya 1 hari satu malam, namun disebalik riak wajah para sahabat menunjukkan kegembiraan dan keriangan sepanjang program dilaksanakan. bukan mudah untuk berkumpul seramai ini dalam satu-satu masa. ia memerlukan komitmen ajk dan peserta yang jitu.
antara peserta yang hadir ialah:

1

AHMAD AL-WAFI BIN OMAR

2

MOHD AIZAT BIN ALIAS

3

MOHD SAFUAN BIN HANAPI

4

MOHD HAFIZI BIN JOHARI

5

MOHD HAFIZIE BIN HASHIM

6

MOHD FAROUQ HADI BIN ROSLAN

7

MOHD HAIKAL HUZAIFI BIN MUHAMAT

8

MOHD ADAM BIN HJ NAWAWI

9

MOHD ZULHILMIE BIN HANAPI

10

MOHD NIDZAR BIN NAJMI

11

MOHD HAZWAN (ABE)

12

MOHD NURUL QALBI BIN ABDUL HALIM

13

MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL

14

MOHD KAMAL ROOL BIN ISMAIL

15

IBRAHIM BIN AHMAD

16

MOHD FIRDAUS BIN NORLIZAN


antara kenangan terindah:

keno bayar lah weh....


dari kiri: keto ejat, farouq, hafizi, wafi.


rumah kami... 2 bilik. hehehehe.. nidzar n adam



xkusangka sedap gak suare farouq ni.. kalah enjin kapal terbang...


solat berjemaah mengeratkan lagi silaturrahim

usrah: majlis ilmu menanti isya'


BBQ... sedappp... Abe perap..


come sungguh... subhanallah..


kenangan bersama... payoh dok lupo ni...

P/S: kepada sahabat lain yang tidak berkesempatan jangan sedih2, insyaAllah pihak AJK sedang menguruskan program seumpama pada tahun hadapan insyaAllah akan di buat di Pulau Perhentian. sama2 doakan agar program murni ini akan berjaya...

di sediakan oleh
Ahmad Al-wafi omar
pengarah program ukhwah wa mahabbah I


Read More »»
 

BORANG MAKLUMAT DIRI DAN CADANGAN

Name:
NO TELEFON
Email Address:
TAHUN SPM
TEMPAT BELAJAR SEKARANG DAN PENGKHUSUSAN
CADANGAN/KOMEN/KATA-KATA

Free email forms