Wednesday, June 17, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: RELEVENKAH PAS DAN UMNO BERSATU?

. Wednesday, June 17, 2009



Isu kerajaan perpaduan yang heboh diperkatakan sekarang ini merupakan satu isu yang boleh menjerat Pakatan Rakyat (PR) andainya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera. ini kerana isu KP hanyalah dikaitkan antara PAS dengan UMNO dan tidak dibabitkan dengan mana-mana anggota PR yang lain. ini sudah tentu menjadikatan DAP dan PKR pening kepala. Mana tak pening, KP yang dicanangkan oleh Tuan Guru Hj Hadi (konon-kononnya lah, padahal UMNO yang buat) tanpa mesyuarat antara PR malahan ianya lebih kepada cadangan peribadai TGHA bukannya keputusan mesyuarat PAS sendiri. apabila ianya datang bukan daripada mesyuarat PAS, sudah tentu ianya (KP) akan menimbulkan pertanyaan yang tidak berkesudahan antara ahli PAS dan juga PR. Media sekarang ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat kekeliruan/perpecahan dalam PAS sendiri dan juga Pakatan Rakyat. Dimanakah silapnya Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan?

perlu ke Kerajaan Perpaduan?

penulis tidak nampak apa kepentingan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun ramai responden yang ditemu bual oleh media setuju dengan kerajaan perpaduan dengan alasan bahawa ianya baik untuk Islam dan melayu. penulis setuju bahawa untuk menggerakkan kerja agama Allah di muka bumi ini memrlukan satu kerjasama dan ukhwah yang earat lagi utuh dikalangan orang Islam, akan tetapi persoalannya ialah perlukah kerjasama itu dengan parti yang tidak pernah ada sejarah dalam dunia politiknya untuk memperjuangkan agama Islam walaupun sehari?

UMNO yang dikenali oleh ramai merupakan parti yang memperjuangkan kebangsaan. dasar-dasar yang dibawa oleh UMNO sedikitpun tidak ada untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini walaupun kita telah di sogok dengan Islam hadhari yang sampai hari terakhir pak lah jadi PM pun Islam ciptaan UMNO ini tidak dapat memberi sumbangan kepada Islam di Malaysia. pendek kata, UMNO telah menolak Islam sebagai sebagai satu proksi dalam perjuangan politiknya dulu, kini dan selamanya malah telah menolak Islam sebagai salah satu perkara yang berbeza dalam politik.

oleh itu, Kerajaan Perpaduan dengan UMNO tersangatlah tidak masuk akal. bak kata TGNA, eloklah kita mempereratkan hubungan antara PR. tiada perpaduan dengan UMNO walaupun UMNO merupakan parti orang yang beragama ISLAM tetapi tidak mahu melaksanakan hukum-hukum ISLAM. tapi ada gak persoalan, dengan islam xnak perpaduan tp denagn kafir (DAP) nak pulak? jawapannya, DAP sudah menunjukkan ianyan faham dengan kepentingan Islam dalam politik dan PERPADUAN sendiri, sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang mengambil contoh kepimpinan Islam (Umar Abd Aziz) sebagai role model kepimpinan nya. UMNO, jawapannya sudah tentu ikon kepimpinan dari barat.

kenapa TGNA tak suka sangat kerajaan perpaduan?

TGNA mempunyai alasan sendiri mengapa beliau tidak setuju dengan KP ini. antaranya ialah:
  1. Idea penubuhan KP bukanlah persetujuan atau keputusan rasmi parti hanya lah idea individu dalam parti.
  2. KP hanyalah perangkap UMNO yang sedang nazak dan hanyalah cara untuk menyelamatkan UMNO dari berkubur.
  3. perpaduan dalam PR memungkinkan PR menang dalam PRU ke-13 nanti.
  4. mengenangkan kejahatan UMNO terhadap kerajaan PAS di negeri Kelantan sejak PAS mula-mula memerintah negeri sampai sekarang.
  5. sedar rahsia dan kelicikan UMNO terhadap KP untuk menyelamatkan politik UMNO.
  6. peristiwa lampau semasa pas dihalau dari Perikatan.
walaupun TGNA merupakan seorang ulama', tetapi pemikiran politik beliau sangat tajam dan berhati-hati untuk memastikan kesinambungan politik Islam di Malaysia ini tidak terkubur. andai terkubur, tidak dapat dibayangkan masyarakat malaysia pada masa hadapan. adakah menjadi orang atau korang?

oleh itu, penulis sangat bersetuju dengan TGNA untuk menolak kerajaan perpaduan ini. ianya bukan cara terbaik untuk melihat generasi sekarang menjadi insan yang bertaqwa, melainkan UMNO menukar perlembagaan parti untuk menjadi parti yang mendukung Islam sebagai dasr parti, barulah perpaduan boleh diwujudkan. perpaduan yang diwujudkan bukan atas nama Allah nescaya ianya tidak boleh bertahan lama. dasarnya ialah, berpadulah kerana Allah bukan untuk bangsa atau puak.

islam telah lama menggariskan perpaduan antara ummat, hanya UMNO sahaja tidak sedar. dan hakikat itulah yang PAS buat dalam PR. berdasarkan ayat حبل من الناس . penulis bukan menyanggah atau menentang pimpinan PAS tetapi ianya merupakan idea untuk melihat survivor politik islam hidup subur di Malaysia. Rasulullah pun menerima cadangan daripada orang ramai, apa yang baik baginda aplikasikannya.

diharap isu ini tidak mewujudkan perpecahan dalam PAS dan juga pakatan Rakyat. eratkan perpaduan kita untuk memastikan PRU ke-13 menjadi kemenangan kta dan menguburkan parti fasiq dari muka bumi ini. "ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG TINGGI DARIPADANYA".

WALLAHUA'LAM.

P/S: penulis memohon maaf jika terdapat kesilapan dan kekasaran. jika terdapat kekasaran bolehlah komen.

0 comments:

Post a Comment

 

BORANG MAKLUMAT DIRI DAN CADANGAN

Name:
NO TELEFON
Email Address:
TAHUN SPM
TEMPAT BELAJAR SEKARANG DAN PENGKHUSUSAN
CADANGAN/KOMEN/KATA-KATA

Free email forms