Saturday, June 13, 2009

GAPO DIO MASALAH NYO?

. Saturday, June 13, 2009

Menyingkap kembali kisah ketika di bangku persekolahan di MATM, banyak kenangan yang manis dan pahit, indah dan musnah. Pengalaman ketika di MATM ini juga yang membuatkan pelajar-pelajar di MATM dapat membezakan kehidupan yang yang diredhai dan kehidupan yang dilaknati. Akan tetapi, bila menyingkap kembali tirai kenangan bersama MATM, satu keadaan yang tidak disenangi oleh kita (ex-student) ialah ketidakbolehan pihak pentadbir sekolah dalam mentadbir sekolah dari sudut fizikal sekolah dan juga dari sudut pengurusan pelajar MATM.

KEADAAN SEKOLAH?

saya tidak mahu menyentuk sangat berkaitan masalah fizikal sekolah (keadaan sekeliling sekolah) kerana ia melibatkan budjet yang sangat besar untuk menyelesaikannya. walaupun sekarang ini apa yang kita boleh nampak tentang perubahan yang paling besar berlaku ialah bangunan sekolah dicat baru. bagi saya bangunan yang dicat baru bukan lah perkara yang boleh dibanggakan dari sudut fizika, apa yang penting pada hemat saya ialah MENGATASI MASALAH AIR BERTAKUNG yang telah menjadi masalah kepada semua pihak di sekolah dari dulu sampai sekarang. GAPO DIO MASALAHNYO?

PELAJAR CAMNE?

Alhamdulillah... kite semua telah mendapat didikan agama yang sepatutnya ketika di MATM. kita perlu bersyukur kerana Allah tempatkan kita semua di sebuah institusi yang boleh mendidik kita menjadi Modal Insan yang berguna kepada AGAMA dan juga tanah air tercinta. Walaupun ada dikalangan kita yang belajar di IPTA sekarang ini bukan dalam bidang agama, akan tetapi disebabkan didikan agama yang telah diperolehi semasa di MATM ianya dapat menjadi satu wasilah dan benteng kepada kita untuk menghindar dan menghadapi dunia yang penuh dengan fitnah dan cabaran kepada kita dari sudut aqidah dan juga akhlak (sahsiah). terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru-guru yang telah mendidik kami sehingga kami menjadi insan sebagaimana yang diimpikan oleh agama. itu cerita kami. apa pula cerita adik-adik (pelajar MATM) sekarang?

walaupun kami tidak lagi menjadi warga pelajar MATM tetapi kami merasakan tanggungjawab yang besar untuk membantu sekolah untuk membentuk kader-kader yang dapat memperjuangkan agama dan mempertahankan Islam. laporan demi laporan yang diterima memberitahu kami tentang keadaan pelajar (akhlak) MATM sekarang ini. kes ponteng sekolah dan kelas bukanlah kes baru akan tetapi ianya menjadi kritikal beberapa tahun kebelakangan ini. masalah couple atau bercinta semakin hangat diperkatakan hinggakan ada dikalangan adik-adik yang (muslimin dan muslimah) membeonceng motorsikal yang sama walaupun tiada ikatan yang sah. kes tidak hormat kepada guru juga semakin kritikal. ini sebahagian daripada masalah-masalah sikap yang dihadapi oleh pelajar-pelajar MATM sekarang. ia merebak bagaikan barah.

menyingkap kembali zaman ketika ustaz Anuar, cikgu Lan, Cikgu Mat Zin dan lain-lain, ketika zaman mereka ini "berkuasa" masalah disiplin boleh dikatakan dapat diatasi. ini kerana komitmen yang telah ditunjukkan oleh mereka sebagai seorang pendidik. ustaz Anuar, semasa memegang tampuk pemerintahan guru badan dakwah (BAKRIS) banyak aktiviti-aktiviti yang yang telah dilaksanakn oleh ustaz. aktiviti-aktiviti yang berbentuk tarbiyyah dan membina jati diri pelajar sangat dititik beratkan oleh ustaz anuar. antara aktiviti yang telah membentuk pelajar MATM (dulu padang siam) ialah tamrin yang wajib dilaksanakan pada tiap-tiap tahun dan juga bulan penghayatan bagi sesuatu perayaan dalam Islam. menerusi program tarbiyyah ini lah yang membentuk pelajar muslim yang berjaya dan beriman seperti abang Uba, abang Fendi, abang Aznan, Abang we, kak na kemehe, kak zuraifah dan lain-lainnya. disiplin dulu yang dipegang oleh cikgu wan ( nama sebenar xingat) sangat hebat. pelajar tidak taku pada beliau akan tetapi hormat kepada beliau. ini kerana cikgu wan telah melaksanakan satu tugas dengan penuh tanggungjawab.

tetapi, pada hari ini apa yang kita boleh saksikan ialah keadaan pelajar tersangat lah berbeza sehinggakan ada yang mengatakan "ini ke pelajar MATM"? terkejut atau tidak, ada sebilangan pelajar yang belajar di MATM ( sekoloh agamo) masih tidak boleh membaca al-Fatihah dengan betul. apa yang dapat kita saksikan yang paling jelas ialah, pemakaian pelajar di sekolah sendiri sudah menampakkan ciri-ciri seolah olah ianya pelajar sekolah menengah harian biasa. PENGAWAS, BADAN DAKWAH? menurut laporan yang diterima, ianya merupakan sekadar nama sahaja. pelajar-pelajar yang ada title pengawas ini hanya lah wayang semata-mata. tiada pelaksanaan yang dilakukan atas nama pengawas yang sepatutnya menjadi penolong guru untuk membentuk sahsiah pelajar. adakan salah peljar (pengawas) itu? saya tidak salahkan pelajr seratus peratus akan tetapi ianya berkait rapat dengan pihak pentadbiran sekolah. BAKRIS pula sudah menunjukkan bibi-bibit perpecahan antara satu sama lain. MUslimin dan Muslimat tidak lagi bekerja dalam satu jemaah seperti mana yang dituntut. apa masalah nya? siapa yang memulakan masalah ini?

GURU?

guru merupakan satu cabaran untuk pelajar untuk mengadakan sesusatu program untuk pelajar MATM. seingat saya, selepas ustaz anuar ditukarkan ke sekolah lain, disitulah bermulanya masalah untuk melaksanakn sesuatu program di sekolah. ianya bermula bermula dari hendak meluluskan kertas kerja dan ketika hendak melaksanakan program dan ketika melaksanakan program. guru-guru di MATM seolah-olah tidak mahu memberi kerjasama kepada pelajar yang mahu membuat sesuatu program. berbagai-bagai alasan akan diberi untuk melepaskan diri. dan maslaah itu timbul lagi bila pihak alumni ingin mengadakan program untuk sekolah. baru-baru ini alumni ingin mengadakan satu program untuk persiapan adik-adik pada masa hadapan. akan tetapi pelbagai syarat telah dikemukan seolah-oleh hendak mengagalkan usaha alumni untuk memberi ilmu kepada adik-adik. antara syarat yang melucukan itu adalah TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN DEWAN SEKOLAH. setakat hidup sya ianilah syarat yang paling melucukan. pada analisis saya pihak sekolah akan mengadakan program yang mana boleh menguntungkan mana-mana individu tertentu dalam sekolah sahaja. samada hendak mengejar harta ataupun hendak menaikan nama. wallahua'lam.

menyingkap masalah akhlak pelajar, boleh saya katakan kebanyakkan ianya berpunca daripada guru-guru. setuju atau tidak inilah hakikatnya. tidak seperti zaman kami dberada di saff awal, guru lebih mementingkan pencapaian akademik semata-mata. soal berkaitan rohani pelajar tidak ambil cakna. program-program yang dilaksanakn di MATM kebanyakkan bebentuk untuk mengejar pencapaian duniawi shaja. keberkatan telah pun hilang. buktinya, selepas SPM 05 yang menyaksikan fasihatul Husna (pelajar cmerlang 11A dan juga elok tarbiyyah nya) prestasi akademik pelajar MATM semakin merosot walhal guru-guru telahpun bersusah payah mengajar.

kerjasama guru-guru sesama guru mahupun dengan pelajar tiada. tiada satu mekanisma untuk menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan pelajar. secara tidak langsung konsep sekolahku rumahku tidak tercapai membuatkan pelajar mudah memberontak. satu situasi yang ingin saya bawakan ialah, ketika pihak sekolah mengadakan program mukhayyam tarbawi di Rong Chenok. program yang boleh merapatkan ukhwah antara guru-guru dan guru pelajar selain daripada makanan rohani yang pelajar akan perolehi. akan tetapi hanya sebilangan guru sahaja yang membuat kerja iaitu ustazah Rafeah dan ustaz Alais. mane guru yang lain? dalan pamplet yang diedarkan senarai guru yang menjadi ajk pelaksana program sangatlah ramai hampir semua guru MATM terlibat. akan tetapi hanya dua orang guru yang membuat kerja yang dibantu oleh pihal alumni. dimanakah mereka? ada, mereka ada. tapi bila? bila tiba pada aktiviti BBQ yangmenjamu perut-perut masing-masing. habisnya BBQ, yang tinggal orang yang sama iaitu ustazah rafeah dan ustaz alias. tiadakah mereka merasa tanggungjawab mereka dalam program itu? sampaikan makanan untuk pihak fasilitator pun tidak disimpan sehingga fasilitator terpaksa mencari makanan di kedai makan di luar.

ini lah antara realiti yang PIHAK AHLI ALUMNI perlu ambil berat dalam usaha untuk melihat MATM kembali gah di tanah merah dan juga kelantan amnya.selagi pihak pengurusan sekolah masih dengan cara dan gaya yang lama, tidak mustahil nama MATM tidak akan harum dengan kelahiran Insan yang mukmin lagi muttaqin bukan sekadar hebat dari susut aakademik. harapan kita agar pihak sekolah dapat mengubah apa yang boleh mendatangkan kebusukan nama MATM

p/s: segala yang ditulis berdasarkan fakta dan laporan yang diterima pihak ALUMNI. segala yang ditulis bukan mencari salah sesiapa akan tetapi menjadi satu medan untuk pihak terbabit mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. kekasaran bahasa didahului dengan ampun maaf.




membina insan MURABBI

1 comments:

Nurul Atikah said...

dahsyat jugok bunyinye yea..lame x gi alah koknu.. semoga segala urusan di permudahkan oleh Allah.. Allah akan berkti niat baik hamba2 nya.. cuma perlu bersabar..

Post a Comment

 

BORANG MAKLUMAT DIRI DAN CADANGAN

Name:
NO TELEFON
Email Address:
TAHUN SPM
TEMPAT BELAJAR SEKARANG DAN PENGKHUSUSAN
CADANGAN/KOMEN/KATA-KATA

Free email forms